Saturday, 8 July 2017

047: diameter


Diameter, kalau dicari maknanya:
Diameter (n.) – the lenght of a straight line passing through the center of a circle and connecting two point on the circumference.
- vocabulary.com
Jadi sekiranya aku meletakkan memori sebagai diameter yang menghubungkan antara titik pertama (aku yang dahulu) dan titik kedua (aku yang sekarang), legit kan?

Aku rasa aku sejenis manusia yang suka bergelumang dengan memori, boleh jadi jugak masa lalu. Dalam erti kata lain, a past-oriented person barangkali, seperti yang aku pernah belajar dalam subjek Social Studies dulu. Tak, jangan percaya; ni self-diagnosed. Aku antara manusia yang suka ingat benda-benda yang kadang-kadang pelakunya sendiri pun tak ingat. Sampai satu masa orang pun terkejut dengan apa yang ingat.

Haih, kalaulah aku punya memorization untuk ayat Quran pun semantap ini :')

Bila bercakap soal diameter, apa yang buat aku terfikir pasal benda ni sebenarnya selepas aku keluar dengan kawan-kawan baik aku sejak sekolah menengah. Lawak jap bila fikir, kawan-kawan sekolah rendah adalah kawan-kawan yang aku jumpa semula dekat universiti. Tapi kawan-kawan dari sekolah - to be precise since I moved during form 2 adalah mereka yang stay sampai sekarang. 

I can never be that glad, am I?

"Saya tengok semua orang dahlain sekarang. *** dah banyak cakap nakbandingkan dengan dulu." - A.

Boleh dikatakan, walaupun aku sendiri taktahu sama ada perubahan ini disebabkan perubahan persekitaran, masuk IPT misalnya ataupun disebabkan semua orang, pada satu titik akan membesar keluar dari sekadar ulat dalam kepompong. 

People changes. 
Reality bites.
And truth
.
.
.
.
.
Truth hurts.
"Kita semua dahberubah, mana ada orang kekal sama macam dulu. Kitorang nampak sama sebab kitorang taktunjuk je perubahan kitorang." - F.

Tapi kita takboleh naktahan ulat supaya selama-lamanya jadi ulat yang stay dalam kepompong. Takkiralah macam mana selamat sekalipun dia dalam kepompong tu. Ada orang yang kita terpaksa lepaskan. Dan sebagai kawan, seburuk mana pun perangai seseorang itu, seburuk mana pun layanan yang kita terpaksa hadap sementara dalam proses mereka mengenal dunia, taksalah kalau kita jadi yang akan sentiasa ada di hujung hari.

Because people constantly changes :)

Walaupun diameter akan sentiasa bertambah apabila perimeter bulatan jugak bertambah, tapi bad memories are also a part of memories - macam P'Hippie cakap dalam drama U Prince Series: The Crazy Artist.

Ye, aku layan Thai Lakorn.

Until the next time! May Allah ease everything :D